Sunday, November 10, 2013

Jangan Terlalu Politikan Bidang Pertahanan

Assalammualaikum semua...agak jarang saya mengarang dalam blog ini..kalau ada kesempatan pun cuma boleh tengok-tengok sahaja....semalam saya ada membaca tulisan saya kira seorang yang pro pembankang yang menceritakan tentang isu yang agak berat iaitu tentang pertahanan negara kita yang tercinta...saya lihat beliau dengan mudah..menceritakan mengapa negara Malaysia tidak membeli aset pertahanan sedangkan negara jiran sebelah menyebelah telah menambah aset pertahanan masing-masing dan menyalahkan Kerajaan Malaysia akibat negara yang mempunyai defisit...bagi saya mungkin itu isunya...tapi mungkin juga ada isu lain...saya lihat parti politik pembangkang dan orang yg menyokong, mudah sungguh mempercayai apa yang di katakan oleh pemimpin mereka...tanpa mengkaji..daripada pelbagai aspek...kadang-kadang mereka membandingkan sesuatu yang perbandinganya bagai langit dengan bumi....apabila di beli pula..dikatakan membazir pula..sebagai contoh suatu ketika dahula pihak pembangkang membandingkan harga helikopter Eurocopter EC 725 Cougar yang di beli oleh Malaysia dan Brazil...memang betul helikopter yang di beli oleh Brazil..lebih murah..Tapi Mengapa....?..adakah anda mengkajinya.?.rasanya tidak . Mereka boleh mengangap semua helikopter adalah sama dan cuba membandingkan Lancer dan Lancer Evo Walaupun kereta ini nampak sama...padahal prestasi kereta ini berbeza ....Seperti juga Helikopter EC 725 Cougar yang di beli oleh Malaysia...dan spec yang di beli oleh Brazil di panggil Caracal adalah berbeza..disebabkan pandangan pihak pembangkang juga yang di katakan "MAHAL"...Maka keupayaan asal Helikopter ini dari "CSAR" "combat search and rescue" telah di buka dan di turun taraf kepada "SAR" dengan sedikit kebolehan "CSAR" untuk mengurangkan harga ..saya fikir...mereka yang suka membangkang ini.."BERPUAS HATI" dan "TAHNIAH" setelah pembelian helikopter ini di tangguhkan berkali-kali dan di "Down Gred"...seperti..yang mereka mahukan...Selain itu pengeluaran berlesen oleh syarikat penerbangan negara itu iaitu "Helibras" memungkinkan helikopter ini di jual murah kepada Brazil ....oleh itu ..saya berharap mana - mana pihak , kaji dulu sebelum mengeluarkan kenyataan...minta maaflah sekiranya ada yang terasa..Tetapi..saya sayangkan negara saya ..saya tak kisah sekiranya harga yang digunakan untuk mempertahankan negara kita di bayar tinggi { tanpa Ketirisan}......


anda boleh bandingkan fizikal helikopter yang di beli oleh Brazil dan Malaysia. Mengapa Malaysia beli lebih Mahal....

                                                                  EC 725 TUDM

No comments:

Post a Comment