Monday, November 11, 2013

Biar Gambar yang berbicara

Biar gambar yg berbicara
ALHAMDULILLAH... lg testimoni vemma.... 

Sesiapa yang nak cuba produk boleh call saya 017-4109082 dan yang berminat nk berbisnes pun boleh, jom joint saya daftar PERCUMA
http://www.rahsiakejayaan.com/noorhasyimah









Sunday, November 10, 2013

Jangan Terlalu Politikan Bidang Pertahanan

Assalammualaikum semua...agak jarang saya mengarang dalam blog ini..kalau ada kesempatan pun cuma boleh tengok-tengok sahaja....semalam saya ada membaca tulisan saya kira seorang yang pro pembankang yang menceritakan tentang isu yang agak berat iaitu tentang pertahanan negara kita yang tercinta...saya lihat beliau dengan mudah..menceritakan mengapa negara Malaysia tidak membeli aset pertahanan sedangkan negara jiran sebelah menyebelah telah menambah aset pertahanan masing-masing dan menyalahkan Kerajaan Malaysia akibat negara yang mempunyai defisit...bagi saya mungkin itu isunya...tapi mungkin juga ada isu lain...saya lihat parti politik pembangkang dan orang yg menyokong, mudah sungguh mempercayai apa yang di katakan oleh pemimpin mereka...tanpa mengkaji..daripada pelbagai aspek...kadang-kadang mereka membandingkan sesuatu yang perbandinganya bagai langit dengan bumi....apabila di beli pula..dikatakan membazir pula..sebagai contoh suatu ketika dahula pihak pembangkang membandingkan harga helikopter Eurocopter EC 725 Cougar yang di beli oleh Malaysia dan Brazil...memang betul helikopter yang di beli oleh Brazil..lebih murah..Tapi Mengapa....?..adakah anda mengkajinya.?.rasanya tidak . Mereka boleh mengangap semua helikopter adalah sama dan cuba membandingkan Lancer dan Lancer Evo Walaupun kereta ini nampak sama...padahal prestasi kereta ini berbeza ....Seperti juga Helikopter EC 725 Cougar yang di beli oleh Malaysia...dan spec yang di beli oleh Brazil di panggil Caracal adalah berbeza..disebabkan pandangan pihak pembangkang juga yang di katakan "MAHAL"...Maka keupayaan asal Helikopter ini dari "CSAR" "combat search and rescue" telah di buka dan di turun taraf kepada "SAR" dengan sedikit kebolehan "CSAR" untuk mengurangkan harga ..saya fikir...mereka yang suka membangkang ini.."BERPUAS HATI" dan "TAHNIAH" setelah pembelian helikopter ini di tangguhkan berkali-kali dan di "Down Gred"...seperti..yang mereka mahukan...Selain itu pengeluaran berlesen oleh syarikat penerbangan negara itu iaitu "Helibras" memungkinkan helikopter ini di jual murah kepada Brazil ....oleh itu ..saya berharap mana - mana pihak , kaji dulu sebelum mengeluarkan kenyataan...minta maaflah sekiranya ada yang terasa..Tetapi..saya sayangkan negara saya ..saya tak kisah sekiranya harga yang digunakan untuk mempertahankan negara kita di bayar tinggi { tanpa Ketirisan}......


anda boleh bandingkan fizikal helikopter yang di beli oleh Brazil dan Malaysia. Mengapa Malaysia beli lebih Mahal....

                                                                  EC 725 TUDM

How to make money.........

The Power of Revolution Online Business at Home!!!
WORK BUSINESS WITHOUT BOUNDARIES!!!
FROM HOME OR ANYWHERE OR AT ANYTIME!!!!
Earn up $5000-$10000 a months from your desk!!!  
PC To PC!!! 
Are you interested in earning a lot of money worldwide? 
24 hours a day, working on hours you really like
in the comfort zone of your home.
If the answer is YES
Take a FREE tour on my personal website 
Click  Here:  
http://www.rahsiakejayaan.com/noorhasyimah/



Saturday, November 9, 2013

Menjaga Kesihatan sambil Menjana Pendapatan Anda Berminat?

Mudahnya Bisnes VeMMA..Ya VeMMA ni merupakan BISNES NETWORKING Marketing berkonsep DROPSHIPPING. 

Dropshipping adalah satu teknik di mana kita sebagai orang tengah memPROMOSIkan produk dari pembekal kepada orang ramai.

Bila ada pembeli, pesanan akan dihantar kepada pembekal dan mereka yang akan uruskan semua urusan penghantaran terus kepada pelanggan. Tetapi..

Di Vemma, yang bestnya kita tak perlu pun hantar pesanan sebab kita di bantu oleh sistem sokongan yang bekerja 24 jam sehari yg dinamakan SISTEM VEMMABUILDER.

Wowww!! Promote jer.. Jika ada yang berminat,maklumat terus sampai kpd company. Simple.. kita cuma promosi & tunggu bayaran bonus masuk ke dalam akaun.

Ok.. Untuk mempromosi VeMMA anda boleh ikut mana2 jalan yang anda suka,JALAN KAMPUNG (kaedah offline) atau HIGHWAY (kaedah online).

Tapi kalau anda nak cepat sampai kena la ikut highway, apapun anda boleh pilih nak ikut cara mana.

Saya buat vemma 1000% online, ataupun ikut Highway.


Untuk maklumat lanjut call 017-4109082 atau daftar free di http://www.rahsiakejayaan.com/noorhasyimah




Testimoni.....





Dengan Izin Allah...Lain-lain penyakit juga boleh menggunakan produk ini seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.. Untuk maklumat lanjut call 017-4109082 atau daftar free di http://www.rahsiakejayaan.com/noorhasyimah

Tuesday, April 2, 2013

Lagi Koleksi Buku Perang.....


Alhamdulliah....semasa balik cuti ke semenanjung ...aku telah singgah di kedai DBP Ipoh dan Alor Setar untuk membeli novel perang..yang sangat aku minati..Di antaranya 

  1. Menggong Pemburu dari Sarawak
  2. Tulang-tulang berserakan
  3. Kisah Seorang Perajurit
  4. Gerila Rimba
  5. Dendam Berbalas di Caruk Putih
  6. Pahlawan Tentera Malaysia Jilid 2
Ada juga yang aku pergi sendiri ke rumah penulis..iaitu Mej (B) Nor Ibrahim Bin Sulaiman. Dua novel tersebut ialah

  1. Coretan XNuri Pilot (naskah Terakhir) menurut Tuan ibrahim
  2. Perbatasan Terhadapan Negara & Kisah-kisah Lain.
Dan Dua lagi Melalui Pos Tulisan Lt.Kol.(B) Dr. Syed Othman Bin Syed Omar melalui pos
  1. Tentera Malaysia Dalam Era Konfrontasi
  2. 19 RAMD  Mekanis Di Somalia...
Semuanya habis aku baca ...Jumlah novel Perang yang ada dalam simpanan ialah 48 Judul......

Friday, March 8, 2013

Sekolah yang pernah saya duduki





Sekolah Rendah


SRK KING EDWARD VII (I), TAIPING , PERAK
 1988-1993



Sekolah Menengah


SMK KING EDWARD VII ,TAIPING , PERAK
1994



SMK JALAN APAS ,TAWAU ,SABAH
1994-1996


SMK TANJUNG PAUH ,JITRA , KEDAH
1997-1998

SMK JITRA ,JITRA ,KEDAH
1999-2000

Thursday, March 7, 2013

SMK Banggi


                                                            Pemandangan dari atas Bukit Kobong

Pemandangan Dari Rumah


                             Petang-petang lepak dok minum teh..sambil melihat pemandangan

FELCRA Plan Area


                                                           Batu Layar , Pulau Banggi

Mangrove Area


                 Mangrove area at Kalangkaman Beach .No polution and beautiful



Wednesday, March 6, 2013

Two NURI

Dua Nuri Mendarat di padang SMK Banggi..."Ready For Take OFF."

Banggi Island view from the air

                           Pemandangan Di Pekan Kerakit , Pulau Banggi dari udara

Kerisauan...

Risau juga bila tinggal di Pulau Banggi ni tambah-tambah tinggal di sempadan...macam-macam berita di terima, ada yang boleh di pakai , ada yang tak boleh. Ini boleh menambahkan kerisauan di hati. Walaupun kawasan konflik berada dalam lingkungan 400-500 km...tetapi kerisauan itu tetap ada...kalau masih bujang tidak mengapa  tetapi sudah mempunyai keluarga yang perlu di fikirkan.....Tawakal sajalah.....

Di antara Isu Keselamatan yang di politikan

Assalammualaikum.......Beberapa minggu kebelakangan ini kita di kejutkan dengan pencerobohan..oleh warga Filipina yang mengakui beliau adalah pewaris Kesultanan Sulu yang ingin menuntut kembali Negeri Sabah. Drama pencerobohan ini telah berlarutan sehingga ke hari ini, di mana 8 anggota polis telah terkorban dan salah seorang daripadanya memang saya kenali semasa di universiti. Kepada keluarga perwira kita yang terkorban saya ucapkan takziah pada mereka..semoga roh mereka di cucuri rahmat....Sebenarnya saya bukanlah nak berpolitik di sini...dan saya juga tak mewakili mana pihak samada pihak kerajaan atau pihak pembangkang, cuma ingin meluahkan isi hati..apabila melihat rakan-rakan di dalam muka buku mempersendakan dan tidak kurang yang mempermainkan isu keselamatan dengan mempolitikkannya. Sebenarnya saya terlalu sedih, isu ini di permainkan. Mungkin pembaca di luar kawasan insiden tidak merasai..kesusahan..kami di sini..mungkin saudara dan saudari, tanpa rasa bersalah menuduh orang itu dan ini untuk mencari publisiti dan yang paling menyedihkan pewira kita yang terkorban turut di persendakan...oleh rakan muka buku yang yang cetek akal fikirannya. Sehingga hari ini juga ramai rakan mukabuku ada yang berkongsi entri atau menaip sendiri enrti yang di poskan  "SEBENARNYA" tidak layak berbicara tentang sesuatu perkara yang bukan pekara pakar atau yang diketahui oleh mereka ( Saya pu bukan pakar tapi bolehlah sikit-sikit) . Sebagai contoh pasukan tentera di persoalkan, mengapa kerajaan menggunakan syarikat AirAsia sebagai pengangkutan ke sabah dalam insiden ini. ramai juga saya lihat...menyukai atau "LIKE"..perkara ini , kononnya pihak kerajaan membeli pesawat berharga berjuta - berjuta tetapi tidak menggunakanya..tidak kurang juga meletakkan gambar kapal selam yang tiada torpedonya dan pesawat F-5E ( kalau di lihat pada konflik ini , tiada penglibatan jenis ini yang yang terlibat ,cuma F/A-18D dan HAWK sahaja)  yang tiada enjinnya. Secara tersirat gambar ini nak beritahu perlatan usang, peluru tiada, kecuaian dan sebagainya. Dalam beberapa perkara mungkin ya. Tapi apa kena mengena nak bawa pasukan tentera dengan kapal selam dan jet pula. Pernahkah orang yang melukis ini pernah masuk ke gudang senjata kapal selam tersebut dan melihat samada ada atau tidak stok torpedo?. Saya rasa tidak.tapi pelukis memandai-mandai membuat fitnah yang mengatakan torpedo tiada. "Come On lah" Sebelum anda bercakap tentang sesuatu perkara, cubalah belajar dan mengkaji tentang sesuatu perkara. Pendapat saya di antaranya, mengapa kerajaan tidak menggunakan pesawat tentera atau TUDM sendiri. Yang pertama kita lihat dari segi kelajuan. Ini kerana pasukan tentera perlu sampai cepat ke destinasi petempuran. Untuk pengetahuan saudara kelajuan pesawat C-130H(Versi pendek) atau C-30H-30(Versi Panjang) 'Hercules'  atau dikenali di kalangan tentera sebagai  'charlie' cuma berkelajuan 5XX km/j memakan masa 4 jam lebih untuk sampai ke destinasi dari kawasan semenanjung hingga ke Sabah(bergantung pada tempat)  berbanding Pesawat Airbus AirAsia A-320 yang bekelajuan boleh mencecah 8XX km/j hanya mengambil masa separuh dari masa pesawat charlie(juga bergantung pada destinasi). dengan perbezaan tersebut saya rasa pembaca sendiri boleh berfikir mengapa kerajaan memilih untuk menggunakan pesawat AirAsia. Yang Kedua pesawat C-130H telah di gunakan semaksimum yang mungkin dalam konflik ini ,di mana saya lihat peranan pesawat ini telah di gunakan semaksimum mungkin dalam menghantar kargo seperti senjata,peluru dan kenderaan walaupun di bantu oleh pesawat CN-235 yang lebih kecil , serta ada juga di peranankan sebagai membawa jenazah pewira kita yang terkorban. Selain itu pesawat ini juga di gunakan oleh pihak tentera untuk tugas - tugas perhubungan di antara semenanjung ,sabah dan Sarawak dan lain-lain tugas yang tak di rencanakan di sini. Adakah anda rasa cukupkah pesawat ini jika dilihat di Wikipedia, TUDM hanya mempunyai 12 buah pesawat jenis ini untuk melakukan pelbagai tugas dan membawa sehingga 7 batalion dalam satu - satu masa .Itu tak di kira pesawat yang sedang dibaiki kerosakan atau jam penerbangan sudah cukup tempoh dan perlu di selenggara di depot baikpulih.  Tetapi ada juga golongan yang sempit fikiran walaupun belajar sampai tinggi menggunung masih lagi sempat mempolitikkan isu keselamatan di antaranya seperti ini . Entahlah....saya pun tak faham...benarlah kata peribahasa mengatakan "rambut sama hitam, hati lain-lain..." "Tepuk dada tanya selera"..sekian..(Apa yang aku merepek pagi-pagi buta ni)...

P/s: kalau terasa kena tanggung sendiri....

Monday, February 25, 2013

Ikan Oh Ikan

Kepada sesiapa yang minat memancing..Pulau Banggi mempunyai berbagai-bagai jenis ikan.....tak rugi kalau datang ..saya yang tak pandai memancing pun pernah dapat ikan putih dalam 1/2 kilo selain itu..sesiapa suka mencandat sotong..duduk di Jeti pun boleh dapat sotong yang besar-besar.....


My children

                                Dari Kiri Nurul Irdina dan sebelahnya Muhammad Irfan

Masa Muda - Muda




                           Masa Muda-Muda ..Hensem tak aku....Gambar Ketika Masih Slim

Tempat Berkhidmat...selamanya....

Kalau nak tahu inilah tempat aku mencurah bakti pada agama, bangsa dan Negara . Masuk tahun ni dah hampir 6 tahun aku di sini..Orang selalu bertanya.."Tak mahu berpindah ke?" atau "Tak Mintak Pindah ke?". Bukan tak mahu, siapa yang tak rindukan kampung halaman. tapi aku rasa tenang di sini dari suasana hiruk pikuk kota.., masalah kesesakkan jalan raya....walaupun berada di pedalaman sabah aku bersyukur di atas pemberiaanNya ...Insyaallah suatu hari nanti aku akan pulang ke tempat asal aku...di mana tempat aku dilahirkan dan di besarkan






                     Barisan Pendidik Semasa Bos Rozlan menjadi Pegawai Memerintah kami          
                                                              Jasa Mu Tetap Di Kenang...

Saturday, February 23, 2013

Pemandangan dari Kem Karakit Pulau Banggi


                                        Di hadapan Adalah Pulau Pulau Patanunan

Koleksi Novel Perang


                                             Diantara Koleksi Novel Perang


Ini adalah koleksi novel perang yang ada...entah mengapa aku suka membaca novel novel perang...mungkin salah satunya aku tidak mahu lupa peranan orang terdahulu dalam mempertahankan negara yang tercinta ini..
di bawah adalah senarai novel perang aku yang ada...


Novel Perang

  1. Perang Afghanistan
  2. Bukit Kepong
  3. Memali :Kenangan Seorang Pegawai Polis
  4. Pahit Manis di Bumi Rusia
  5. Tenggelamnya Kapal Prince of wales
  6. Peristiwa 13 Mei
  7. Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia
  8. Gonzales:Kenang-kenangan seorang Jeneral
  9. AK-47
  10. Pertempuran di Kota Bharu
  11. Memoir Rasid Maidin: Daripada Perjuangan Bersenjata kepada Perdamaian
  12. Debu Hiroshima
  13. Kanang Cerita Seorang Pahlawan
  14. Kanang Cerita Seorang Pahlawan ( Versi Bahasa Inggeris)
  15. Platun harimau
  16. Platun Harimau: dalam Misi II Hingga Ke Lubang Cacing
  17. Leftenan Adnan Wira Bangsa
  18. Lt.Nor Pahlawan Gerila
  19. Gema Membelah Alun
  20. Gerakan Hentam Indera
  21. Operasi Indera
  22. Limpahan Darah di Sungai Semur
  23. Menjunjung Bere Hijau
  24. Memoir Seorang Juruterbang
  25. Ibrahim Pahlawan Melayu
  26. Liku-liku Meniti Kejayaan
  27. Wings of Fame Volume 5
  28. Wings of Fame Volume 10
  29. Malam Berapi di Kalabakan
  30. Wira Pasir Panjang
  31. Memoir Seorang Perajurit
  32. Aku Tak Rela di Perhambakan
  33. Lt.Kolonel Kassim Wira PGB
  34. Kolonel Jihad: Antara Mitos dan Realiti
  35. Biografi seorang Jeneral Tan Sri Abdul Hamid Bidin
  36. The Spears and The Kerambit
  37. Rejimen Askar Melayu DiRaja 1933-1968
  38. Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia Jilid 1
Ada di antara novel ini aku dapatkan dengan harga RM107.00 dari Amerika Syarikat..disebabkan novel tersebut sangat susah untuk di cari sekarang..Novel tersebut ialah Gonzales: Kenang-Kenangan Seorang Janeral..Kalau orang lain rasanya tak beli dah.... 
Assalammualaikum..kepada semua rasanya dah lama aku tak buka bolg aku nih..sibuklah..katakan...kat sini kadang-kadang ada elektirk kadang kadang tiada..kalau elektrik tiada..takda lah talian internet...Kadang tak sempat pasal petang kalau tak buat apa aku berniaga makanan secara kecil-kecilan kepada rakan dari semenanjung....Tapi apa pun di harap kalian sihat dan bahagia bersama orang tersayang...."Peace No War"..apa ke bende lah aku merepek ni

                    
                                  Meniup Api Semasa sempena majlis Bbq di sekolah