Friday, March 8, 2013

Sekolah yang pernah saya duduki





Sekolah Rendah


SRK KING EDWARD VII (I), TAIPING , PERAK
 1988-1993



Sekolah Menengah


SMK KING EDWARD VII ,TAIPING , PERAK
1994



SMK JALAN APAS ,TAWAU ,SABAH
1994-1996


SMK TANJUNG PAUH ,JITRA , KEDAH
1997-1998

SMK JITRA ,JITRA ,KEDAH
1999-2000

Thursday, March 7, 2013

SMK Banggi


                                                            Pemandangan dari atas Bukit Kobong

Pemandangan Dari Rumah


                             Petang-petang lepak dok minum teh..sambil melihat pemandangan

FELCRA Plan Area


                                                           Batu Layar , Pulau Banggi

Mangrove Area


                 Mangrove area at Kalangkaman Beach .No polution and beautiful



Wednesday, March 6, 2013

Two NURI

Dua Nuri Mendarat di padang SMK Banggi..."Ready For Take OFF."

Banggi Island view from the air

                           Pemandangan Di Pekan Kerakit , Pulau Banggi dari udara

Kerisauan...

Risau juga bila tinggal di Pulau Banggi ni tambah-tambah tinggal di sempadan...macam-macam berita di terima, ada yang boleh di pakai , ada yang tak boleh. Ini boleh menambahkan kerisauan di hati. Walaupun kawasan konflik berada dalam lingkungan 400-500 km...tetapi kerisauan itu tetap ada...kalau masih bujang tidak mengapa  tetapi sudah mempunyai keluarga yang perlu di fikirkan.....Tawakal sajalah.....

Di antara Isu Keselamatan yang di politikan

Assalammualaikum.......Beberapa minggu kebelakangan ini kita di kejutkan dengan pencerobohan..oleh warga Filipina yang mengakui beliau adalah pewaris Kesultanan Sulu yang ingin menuntut kembali Negeri Sabah. Drama pencerobohan ini telah berlarutan sehingga ke hari ini, di mana 8 anggota polis telah terkorban dan salah seorang daripadanya memang saya kenali semasa di universiti. Kepada keluarga perwira kita yang terkorban saya ucapkan takziah pada mereka..semoga roh mereka di cucuri rahmat....Sebenarnya saya bukanlah nak berpolitik di sini...dan saya juga tak mewakili mana pihak samada pihak kerajaan atau pihak pembangkang, cuma ingin meluahkan isi hati..apabila melihat rakan-rakan di dalam muka buku mempersendakan dan tidak kurang yang mempermainkan isu keselamatan dengan mempolitikkannya. Sebenarnya saya terlalu sedih, isu ini di permainkan. Mungkin pembaca di luar kawasan insiden tidak merasai..kesusahan..kami di sini..mungkin saudara dan saudari, tanpa rasa bersalah menuduh orang itu dan ini untuk mencari publisiti dan yang paling menyedihkan pewira kita yang terkorban turut di persendakan...oleh rakan muka buku yang yang cetek akal fikirannya. Sehingga hari ini juga ramai rakan mukabuku ada yang berkongsi entri atau menaip sendiri enrti yang di poskan  "SEBENARNYA" tidak layak berbicara tentang sesuatu perkara yang bukan pekara pakar atau yang diketahui oleh mereka ( Saya pu bukan pakar tapi bolehlah sikit-sikit) . Sebagai contoh pasukan tentera di persoalkan, mengapa kerajaan menggunakan syarikat AirAsia sebagai pengangkutan ke sabah dalam insiden ini. ramai juga saya lihat...menyukai atau "LIKE"..perkara ini , kononnya pihak kerajaan membeli pesawat berharga berjuta - berjuta tetapi tidak menggunakanya..tidak kurang juga meletakkan gambar kapal selam yang tiada torpedonya dan pesawat F-5E ( kalau di lihat pada konflik ini , tiada penglibatan jenis ini yang yang terlibat ,cuma F/A-18D dan HAWK sahaja)  yang tiada enjinnya. Secara tersirat gambar ini nak beritahu perlatan usang, peluru tiada, kecuaian dan sebagainya. Dalam beberapa perkara mungkin ya. Tapi apa kena mengena nak bawa pasukan tentera dengan kapal selam dan jet pula. Pernahkah orang yang melukis ini pernah masuk ke gudang senjata kapal selam tersebut dan melihat samada ada atau tidak stok torpedo?. Saya rasa tidak.tapi pelukis memandai-mandai membuat fitnah yang mengatakan torpedo tiada. "Come On lah" Sebelum anda bercakap tentang sesuatu perkara, cubalah belajar dan mengkaji tentang sesuatu perkara. Pendapat saya di antaranya, mengapa kerajaan tidak menggunakan pesawat tentera atau TUDM sendiri. Yang pertama kita lihat dari segi kelajuan. Ini kerana pasukan tentera perlu sampai cepat ke destinasi petempuran. Untuk pengetahuan saudara kelajuan pesawat C-130H(Versi pendek) atau C-30H-30(Versi Panjang) 'Hercules'  atau dikenali di kalangan tentera sebagai  'charlie' cuma berkelajuan 5XX km/j memakan masa 4 jam lebih untuk sampai ke destinasi dari kawasan semenanjung hingga ke Sabah(bergantung pada tempat)  berbanding Pesawat Airbus AirAsia A-320 yang bekelajuan boleh mencecah 8XX km/j hanya mengambil masa separuh dari masa pesawat charlie(juga bergantung pada destinasi). dengan perbezaan tersebut saya rasa pembaca sendiri boleh berfikir mengapa kerajaan memilih untuk menggunakan pesawat AirAsia. Yang Kedua pesawat C-130H telah di gunakan semaksimum yang mungkin dalam konflik ini ,di mana saya lihat peranan pesawat ini telah di gunakan semaksimum mungkin dalam menghantar kargo seperti senjata,peluru dan kenderaan walaupun di bantu oleh pesawat CN-235 yang lebih kecil , serta ada juga di peranankan sebagai membawa jenazah pewira kita yang terkorban. Selain itu pesawat ini juga di gunakan oleh pihak tentera untuk tugas - tugas perhubungan di antara semenanjung ,sabah dan Sarawak dan lain-lain tugas yang tak di rencanakan di sini. Adakah anda rasa cukupkah pesawat ini jika dilihat di Wikipedia, TUDM hanya mempunyai 12 buah pesawat jenis ini untuk melakukan pelbagai tugas dan membawa sehingga 7 batalion dalam satu - satu masa .Itu tak di kira pesawat yang sedang dibaiki kerosakan atau jam penerbangan sudah cukup tempoh dan perlu di selenggara di depot baikpulih.  Tetapi ada juga golongan yang sempit fikiran walaupun belajar sampai tinggi menggunung masih lagi sempat mempolitikkan isu keselamatan di antaranya seperti ini . Entahlah....saya pun tak faham...benarlah kata peribahasa mengatakan "rambut sama hitam, hati lain-lain..." "Tepuk dada tanya selera"..sekian..(Apa yang aku merepek pagi-pagi buta ni)...

P/s: kalau terasa kena tanggung sendiri....