Monday, February 25, 2013

Ikan Oh Ikan

Kepada sesiapa yang minat memancing..Pulau Banggi mempunyai berbagai-bagai jenis ikan.....tak rugi kalau datang ..saya yang tak pandai memancing pun pernah dapat ikan putih dalam 1/2 kilo selain itu..sesiapa suka mencandat sotong..duduk di Jeti pun boleh dapat sotong yang besar-besar.....


My children

                                Dari Kiri Nurul Irdina dan sebelahnya Muhammad Irfan

Masa Muda - Muda




                           Masa Muda-Muda ..Hensem tak aku....Gambar Ketika Masih Slim

Tempat Berkhidmat...selamanya....

Kalau nak tahu inilah tempat aku mencurah bakti pada agama, bangsa dan Negara . Masuk tahun ni dah hampir 6 tahun aku di sini..Orang selalu bertanya.."Tak mahu berpindah ke?" atau "Tak Mintak Pindah ke?". Bukan tak mahu, siapa yang tak rindukan kampung halaman. tapi aku rasa tenang di sini dari suasana hiruk pikuk kota.., masalah kesesakkan jalan raya....walaupun berada di pedalaman sabah aku bersyukur di atas pemberiaanNya ...Insyaallah suatu hari nanti aku akan pulang ke tempat asal aku...di mana tempat aku dilahirkan dan di besarkan






                     Barisan Pendidik Semasa Bos Rozlan menjadi Pegawai Memerintah kami          
                                                              Jasa Mu Tetap Di Kenang...

Saturday, February 23, 2013

Pemandangan dari Kem Karakit Pulau Banggi


                                        Di hadapan Adalah Pulau Pulau Patanunan

Koleksi Novel Perang


                                             Diantara Koleksi Novel Perang


Ini adalah koleksi novel perang yang ada...entah mengapa aku suka membaca novel novel perang...mungkin salah satunya aku tidak mahu lupa peranan orang terdahulu dalam mempertahankan negara yang tercinta ini..
di bawah adalah senarai novel perang aku yang ada...


Novel Perang

  1. Perang Afghanistan
  2. Bukit Kepong
  3. Memali :Kenangan Seorang Pegawai Polis
  4. Pahit Manis di Bumi Rusia
  5. Tenggelamnya Kapal Prince of wales
  6. Peristiwa 13 Mei
  7. Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia
  8. Gonzales:Kenang-kenangan seorang Jeneral
  9. AK-47
  10. Pertempuran di Kota Bharu
  11. Memoir Rasid Maidin: Daripada Perjuangan Bersenjata kepada Perdamaian
  12. Debu Hiroshima
  13. Kanang Cerita Seorang Pahlawan
  14. Kanang Cerita Seorang Pahlawan ( Versi Bahasa Inggeris)
  15. Platun harimau
  16. Platun Harimau: dalam Misi II Hingga Ke Lubang Cacing
  17. Leftenan Adnan Wira Bangsa
  18. Lt.Nor Pahlawan Gerila
  19. Gema Membelah Alun
  20. Gerakan Hentam Indera
  21. Operasi Indera
  22. Limpahan Darah di Sungai Semur
  23. Menjunjung Bere Hijau
  24. Memoir Seorang Juruterbang
  25. Ibrahim Pahlawan Melayu
  26. Liku-liku Meniti Kejayaan
  27. Wings of Fame Volume 5
  28. Wings of Fame Volume 10
  29. Malam Berapi di Kalabakan
  30. Wira Pasir Panjang
  31. Memoir Seorang Perajurit
  32. Aku Tak Rela di Perhambakan
  33. Lt.Kolonel Kassim Wira PGB
  34. Kolonel Jihad: Antara Mitos dan Realiti
  35. Biografi seorang Jeneral Tan Sri Abdul Hamid Bidin
  36. The Spears and The Kerambit
  37. Rejimen Askar Melayu DiRaja 1933-1968
  38. Pahlawan Angkatan Tentera Malaysia Jilid 1
Ada di antara novel ini aku dapatkan dengan harga RM107.00 dari Amerika Syarikat..disebabkan novel tersebut sangat susah untuk di cari sekarang..Novel tersebut ialah Gonzales: Kenang-Kenangan Seorang Janeral..Kalau orang lain rasanya tak beli dah.... 
Assalammualaikum..kepada semua rasanya dah lama aku tak buka bolg aku nih..sibuklah..katakan...kat sini kadang-kadang ada elektirk kadang kadang tiada..kalau elektrik tiada..takda lah talian internet...Kadang tak sempat pasal petang kalau tak buat apa aku berniaga makanan secara kecil-kecilan kepada rakan dari semenanjung....Tapi apa pun di harap kalian sihat dan bahagia bersama orang tersayang...."Peace No War"..apa ke bende lah aku merepek ni

                    
                                  Meniup Api Semasa sempena majlis Bbq di sekolah